
|
Bonjour! Hello and welcome to my blog I pour my heart and thoughts here Pardon my words Tagboard
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back. ![]() ![]() ![]() |
Kami Datang Dengan Harapan, Kami Pulang Dengan Kejayaan.
Merujuk perkara di atas, kami bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa bla bla bla. Hahaha. Merapu sudah. Lebih kurang 5 tahun yang lepas, semua batch 1995 datang sekolah dengan satu harapan, iaitu ingin membawa pulang kejayaan. *kononnyalah kan* Dan semalam, bersamaan 21 Mac 2013, kami semua pulang dengan meraih kejayaan. Semuanya atas usaha masing-masing. Yang result cemerlang semalam tu, Congrats babe! Terutama 3 orang schoolmate kitaorang yang dapat straight A+ tu. Hoho. Setiap result yang kita dapat tu, itulah hasil dan nilai usaha kita. Usaha lebih, dapat lebih. Usaha sikit, ermmm... Harapnya faham-faham jela. But nevermine. Kita kira credit jelah okay? Dapat 5 credit pun, dah Alhamdulillah.To, SMKBS.. Terima kasih yang amat sangat kerana bagi sejuta memori untuk manusia ini. Segala pahit manis, suka duka, bercinta, berkasih sayang semua ada. Hahaha.SMKBS memang terbaik sebab berjaya melahirkan 16 orang straight A's. Even ain tak tergolong dalam senarai tu, tapi alhamdulillah result okay :)
Result makcik. Hoho. Alhamdulillah. So tak perlu mention lagi. Teliti sendiri k? Taknak cakap. Haha
Congrats to my friend, Emy ( 5A ) , Mar, Has, Pica (6A), Peah ( 7A), and Fahmi ( 8A ). Majoriti semua ni muka tak reti nak masuk kelas plus suka memonteng kelas. Haha. Rindu korang lah classmate :* KORPORAT memang terbaik lah. Sama-sama kita pergi anugerah cemerlang nanti k? Kepada yang tak ada A or tak dapat lebih A tu, it's okay lah. A bukan jaminan untuk kita berjaya dalam hidup. Perjalanan masih jauh lagi okay? Jangan putus asa. Masa kat sekolah semalam, ada ke patut kawan ain yang sorang ni cakap, " Akma memang lah. Kita shuffle, dia pegang buku." Hahaha. Lawak gilaa statement tu. Padahal tahun lepas dekat 2 bulan ain tak masuk kelas. Sampai UB1 pun ain dapat 6 subjek yang TH. Hahaha. Terok punya perangai. Tula. Aktif koko sangat !
Semalam kan, masa ain dapat tahu je sejarah ain dapat A, ain terus decide nak jumpa cikgu Azlinda. Cikgu sejarah ain. Kawan-kawan semua tahu sebab ain. Ain cakap, "Tak semestinya orang bercinta tak boleh dapat A". Haha. Siot jeh. Dendam tahun lepas punya pasal. Ayoyo~ Hoho.Cikgu pulak jumpa ain, bukan di kisahkan sangat pasal result ain. Semua sibuk tanya, "KAWAN awak tu dapat berapa?", "S***** dapat berapa???". Adeh. Tak terjawab makcik. Haha. Sudahnya ain jawab, "Entah lah cikgu. Dah tak kawan dah dengan dia." Hahaha. Sengal. Cikgu geleng kepala je. Masa SPM hari tu kata perang dingin. Masa ambil result pulak kata dah tak kawan. Rosak betul otak manusia ni. Haha. Okay. Lupakan kisah yang tak berapa nak penting tu. Haha.
After semua dah penat ambil result and salam salam cikgu bagai, kitaorang pun lepak mamak then balik rumah tukar baju. Lepas tu?? Pergi aeon rawang. Masa lepak mamak tu, ada keh patut member cakap, "Weh ! Bak la A satu." Ayoyo~ Pening sudah nak jawab macam mana. Haha. Kalau boleh di agih-agih, dah suruh korang cubit sorang sikit dah A aku tuh. Kahkahkah. :D After balik dari kedai mamak tu, kitaorang pun siap-siap nak ke Aeon. Dah lah tak bawak duit banyak. Tak plan pun nak ke aeon. :(
Lepaking with them at Salam Bistro :)
Pakai uniform sekolah yang terakhir :'(
Model Coke. Kahkahkah :p
With akak driver and makcik camera. Haha :D
With BFF. Okay. Tudung ain terokk :/
Hang-out with them. Ado lagi ni. Tapi mereka kena tinggal. Hihi
Amboii kak naza. Besorr mulut na. Haha :D
Actually banyak lagi gambar. Tapi tak ter-upload. Hahaha. Rancangan asalnya nak ke karaoke, tub tub kemari pula cik driver bawa kami. Adeh ! Dengan hanya berbekalkan RM25 pulak. Tak dapek den nak shopping. Hoho. Balik-balik jeh, jumpa sampul surat kat atas lappy. Hadiah dari mama :)
Sorry ler gambar acenggini. Ni dari instagerammm Haha. Thanks mama :*
Rasa semalam bagai mimpi jeh. Haha. Okay. Sampai sini dulu k? Thanks readers sebab sudi membaca. Hihi. Cuma ada satu pesanan, gagal sekali tak bermakna gagal selama-lamanya. Gagal sekarang tak bermakna kita akan gagal seumur hidup. Selagi ada usaha, selagi itulah sinar kejayaan akan dapat di kecapi. iloveyouu. Byebye. Assalamm :)
|