Owner Post Them Follow Dash



Atelophobia
Atelophobia;

Bonjour!


Hello and welcome to my blog
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words

Tagboard

⊰HOVER ME!⊱
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini

Adik, Kolej dan Universiti.

Detik demi detik, hari demi hari. Kini tinggal kurang dari 5 hari lagi je adik ain nak masuk kolej. Waduh waduh. Gimana ya nanti hidupku tanpa kehadirannya? Lorh ! Kok ngomongnya bahasa indo sih ? Hihi. Actually, ain sedih kot. Selama ni dia ada je dengan ain. Tak pernah terpisah dek ruang waktu dan jarak. Hoho. Susah lah hidup berjauhan. Hrmmmmm. *dah macam luahan rasa berjauhan dengan boiprennnn lah pulok ye. Hehe* Nampak gayanya, adik ain lah yang tinggalkan rumah and family dulu. Ain ingat, ain yang akan tinggalkan mereka dulu. Yela. Dok ingatkan PLKN lagi, Universiti lagi kan. Hoho. Ha ! Cakap pasal universiti. Baru-baru ni, kawan ain ada ajak pergi Asia Pacific University taw ! Tempat tuh gempak kau ! Hahaha. Cerita macam cik kiah lah pulak kan. Huhu. Okay. Tapi yang pasti, tempat ni IPTS bukan IPTA. Nak join they all. Hrmmmm.... *muka sedih* . Mama ain macam tak bagi je. Kalau tak dapat restu, tak boleh lah pergikan. Kita ni kalau nak berjaya, kena lah dapat restu daripada ibu bapa dulu. Restu ibu nun ha yang paling penting kuasa sepuluh. Hihi. 

Asia Pacific University of Technology & Innovation (A.P.U)

Kini kami dah habis sekolah. Nampak perubahan tak? Haha. Sila abaikan ketembaman kami. Kami comel apa. Huahuahua :D

Atom, me, naza, and afzan. Sila abaikan cup tudung yang senget tu ye? Janji comel. Peace ! Hihi

Sebenarnya, nama ain tak ada pun dalam list student yang nak pergi tu. Kawan ain lah tiba-tiba ajak. Sebab dia tak ada kawan. Mereka semua, cikgu yang call. Ain segan gilaa mula-mula. Rasa macam tetamu tak diundang pula. Hahaha. Nasib ada seorang member tu tak datang, so, ain cakap je ain ganti dia. Slumber badak jeh kan? Hahaha. Actually masa tu buat muka tembok jeh. Padahal muka dah tebal 10inchi kot. Hahaha. Adeh ! Gambar-gambar tak banyak. Ada lagi member yang tak ada dalam gambar kat atas ni. Al-maklumlah. Phone rosak. Now guna phone pinjam jeh. Gambar-gambar ni pun, snap guna phone kawan. Hehehe.

Okay. Cerita pasal universiti lain pulak ye? Hehehe. Ain dah beli number ID UPU. Hoho. Then terus isi jeh. Dan dengan tak sengaja dah terus hantar permohonan. Bunguk kan? Adeh !  Lantak lah. Kalau dapat, dapat ler. Kalau tak dapat, ain nak masuk A.P.U ni ha. Hahaha. Kat UPU tu, ain mintak UiTM, UniSZA dengan Politeknik jeh. Then tiba-tiba menyesal pulak. Ayoyo~ Cita-cita nak study kat UPM nun. Hahaha. Eh ! Kalau Politeknik kan, dapat kat PD pun best. Ada abang engineer kitaa, abang kecik and abang ameng. Yeah ! Hahaha. *sengal* Kalau kat tempat lain, not sure lah pula. Hoho. But kalau UniSZA, memang tak tahu lah. Terengganu sanaa. Jauh oiiii ! Tapi ada pantai. Hihihi. UiTM pulak. Okay, tado sesiapa. Sadis. Hrmmmmm... Yang pasti, ain apply semua course bisness. Cuma pilihan yang ke-8 tu jeh dah memesong jauh. Course culinary. Ayoyo~ Menyesal tak mintak HR. Hehe. Okay tutup kes. 

Dialah adik, dialah kakak, dialah kawan dan dialah musuh. Okay. iloveyouu gemok. Gonna miss you. :'(

Isnin depan dah nak kena hantar adik pergi Kolej Vokasional Kajang. Dia dapat tawaran course Bisness Management. Untungah dapat masuk kolej awal-awal kan. Even kene dok asrama selama 4tahun. Tapi keluar-keluar dah ada diploma. Zaman ain dulu tak ada pun. Masa ain nak masuk sekolah teknik dulu, mama tak bagi. Dia cakap :

" Tak payah lah kak. Dua tahun ni je kakak nak duduk dengan mama. Lepas ni nak masuk universiti pulak. Lepas tu, bila dah habis belajar, nak kerja pulak. Lepas tu nak kawin dah. Duduk dengan suami. Bila lagi lah nak duduk dengan mama."

Sedih tak kenyataan mama ain di atas? Hrmmmm. Dan akhirnya, SPM berjaya dihabiskan dan kini ain jadi penganggur yang tak berapa banyak menghasilkan anggur. Hahaha. Adoi ! Mungkin ada hikmah kot. Huhu. 

P/s : Adik. Take care taw kat sana. Pandai-pandai jaga diri kat tempat orang. Study betul-betul. Kalau tak, tahun kedua nanti pihak kolej kick jeh dari kolej tu. Nanti tak dapat SPM, tak dapat diploma. Yang dapat, putih mata jeh. Hehe. Dan jangan duduk sorang-sorang kat sana. Bahaya. Make sure sentiasa berteman taw ! Tapi make sure teman tu perempuan. Bukan boboi okay ! Hehe. iloveyouuu <3